Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

"ROUTE TO" MATU DAN DARO"ROUTE TO" MATU DAN DARO


PERJALANAN KE MATU DAN DARO

MATU dan DARO  boleh dihubungi melalui beberapa cara seperti berikut:

1) Jalan Sungai/ Laut

Jalan sungai dengan menggunakan bot ekspres / feri / bot laju / dan sebagainya bagi penumpang-penumpang dan barang-barang. 

Perjalanan dari Sibu ke Daro menggunakan bot ekspres memakan masa 2 hingga 3 jam mengikut kekerapan bot ekspress berhenti atau membuat persinggahan. Perkhidmatan bot ekspres ini mula beroperasi seawal jam 6:00 pagi.

Manakala perjalanan dari Sarikei ke Daro pula bergantung kepada jumlah kekerapan penumpang yang ada. Perjalanan ini mengambil masa 1 sehingga 2 jam.

  • Jadual Perjalanan Perkhidmatan Bot Ekspres dan Bot Laju.
 BIL. 
  SIBU-DARO
(Boat
Ekspres)      
SIBU-DARO
(Bot Laju)    
   DARO-SIBU
(Bot Ekspres)    

SARIKEI-DARO
(Bot Ekspres)    
     
 
SARIKEI-DARO
(Bot Laju)         
 
DARO-SARIKEI
(Bot Ekspres)
   
1. 7.30 Pagi 9.45 Pagi 6.00 pagi 10.30 Pagi 12.00 Tengahari 6.00 Pagi
2. 9.30 Pagi 8.00 Pagi  4.00 Petang
3. 11.30 Tengahari 10.30 Pagi
4. 1.30 Petang 12.30 Tengahari
5. 3.30 Petang 3.00 Petang    



Pekan Daro



2) Jalan Raya

Pekan Daro dan Pekan Matu juga boleh dihubungi menggunakan jalan raya dari Sibu - Daro - Matu. Bagi mereka yang menggunakan jalan raya untuk ke Pekan Daro ataupun Pekan Matu, mereka akan melalui dua buah sungai iaitu Batang Paloh dan Batang Lassa dimana ianya dihubung menggunakan feri.

Perjalanan dari Sibu - Daro - Matu memakan masa lebih kurang 3 jam walaupun jaraknya hanya 125 km. Hal ini adalah dipengaruhi oleh jumlah kenderaan dan masa yang diambil semasa menaiki feri untuk melalui kedua-dua sungai ini. Masa perjalanan akan lebih lama pada masa-masa tertentu terutamanya pada musim perayaan memandangkan ianya adalah jalan utama untuk menghubungi Pekan Daro dan Matu.



FERI MUARA LASSA





FERI BATANG PALOH.