SEKSYEN PENILAIAN DAN PERCUKAIAN
Bahagian ini berperanan :
a) Menjalankan kerja ukur periksa.
b) Menyiapkan pelan lakar, pelan lokasi.
c) Membuat siasatan rumah roboh, baru dan terbiar.
d) Memproses pertukaran hakmilik pegangan.
Apakah Cukai Pintu?
- Cukai yang dikenakan keatas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di kawasan bidangkuasa sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Siapakah Pembayar Cukai Pintu?
- Pemilik : Rumah, Rumah Kedai, Hotel.Stesen Servis, Tanah Kosong/ Pegangan Berkadar yang lain yang terletak di kawasan PBT.
- Orang yang mendiami/ menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hak milik berasingan atau tanah yang dirizab untuk sesuatu maksud awam.
Kenapa Dikehendaki Membayar Cukai Pintu?
- Hasil daripada Cukai Pintu adalah untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan awam seperti :
- Penyelenggaraan Jalan.
- Penyellenggaraan Taman Rekreasi.
- Pemotongan Rumput.
- Lampu Jalan.
- Kemudahan-kemudahan Awam.
Jadual Pengurangan Cukai Pintu (Pegangan Kediaman Sahaja)
| Cukai Taksiran Tahunan (RM) | Peratusan Pengurangan (%) |
| 50.00 kebawah | 100 (Tidak dikenakan bayaran) |
| 50.01 - 100.00 | 90 |
| 100.01 - 150.00 | 80 |
| 150.01 - 200.00 |
70 |
| 200.01 - 250.00 | 60 |
| 250.01 - 300.00 | 50 |
| 300.01 - 350.00 | 40 |
| 350.01 - 400.00 | 30 |
| 400.01 - 500.00 | 20 |
| 500.01 - 700.00 | 10 |
| 700.01 keatas | Tiada pengurangan dan jumlah yang sedia ada adalah dikekalkan. |
