picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. 1.0 PERTANYAAN MENGENAI KAUNTER MAJLIS DAERAH MATU DAN DARO

1.1 Bilakah Kaunter MDMD Beroperasi?

Waktu Operasi :

        Isnin – Khamis :

  • 8.00 am – 1.00 pm
  • 2.00 pm – 3.00 pm

        Jumaat:

  • 8.00 am – 11.45 am
  • 2.15 pm – 3.00 pm

1.2 Apakah jenis-jenis pembayaran yang boleh dibuat di kaunter MDMD?

  1. Bil-bil Cukai Taksiran MDMD
  2. Bil-bil Pelbagai (Sewa Kemudahan MDMD, Levi,Form G1)
  3. Lesen Perniagaan
2. 3.0 PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN BAGI LESEN KEDAI RUNCIT KAMPUNG

3.1 Bagaimanakah untuk membuat Permohonan Lesen Kedai Runcit Kampung? 

Borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Daerah Matu dan Daro

Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :

  1. Pengesahan daripada Pemanca/ Penghulu/Ketua Kampung /Tuai Rumah daripada kampung berkenaan.  
  2. Pengesahan daripada Ahli Majlis.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  4. Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini.
  5. Salinan Bil Cukai Taksiran yang baru dijelaskan.
  6. Pelan lokasi tempat berniaga. 

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada,

Setiausaha,
Majlis Daerah Matu dan Daro,

Bangunan Pengiran Hj Hipni,

Jalan Datuk Pengiran Hj Hipni,

96250, Matu

Sarawak.

 

3.2 Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen Kedai Runcit Kampung?

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Matu & Daro, menjalankan perniagaan kedai kampung tanpa memiliki lesen yang sah daripada Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

 

3. 4.0 PERTANYAAN BERKENAAN PERMOHONAN BAGI LESEN GERAI MAKANAN DAN MINUMAN SERTA LESEN-LESEN YANG LAIN

4.1 Bagaimanakah untuk membuat permohonan lesen gerai makanan dan minuman serta lesen-lesen yang lain?

Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pembayaran, Majlis Daerah Matu & Daro dengan harga RM1.00. 

Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini (Tiga (3) keping gambar untuk permohonan Laundry).  
  3. Salinan Bil Cukai Taksiran yang baru dijelaskan.
  4. Surat Kebenaran daripada Tuan Punya Premis atau 1 set salinan Surat Perjanjian (Tenancy Agreement) jika berkaitan.
  5. Pelan tapak dan lantai bangunan yang menunjukan Kehendak-Kehendak Kesihatan (Floor Layout Plan).
  6. Surat Sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (Untuk Lesen LPG/Bahan-bahan Petroleum/Lodging House).
  7. Surat Sokongan daripada Pihak Polis (jika berkaitan).
  8. Surat Sokongan/Kelulusan daripada agensi berkenaan (Cth: Kantin Kilang/Sekolah/Ladang)
  9. Pelan lokasi tempat berniaga. 

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada,

 

Setiausaha,
Majlis Daerah Matu & Daro,

Bangunan Pengiran Hj Hipni,

Jalan Datuk Pengiran Hj Hipni,

96250, Matu,

Sarawak.

 

4.2 Bilakah lesen akan tamat dan bagaimanakah pembaharuan Lesen boleh dibuat?

Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun dan mesti diperbaharui dalam tempoh 42 hari dari tarikh luput. Pembayaran lesen hendaklah dibuat di Kaunter Kutipan Pelbagai Hasil MDMD.

4.3 Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen?

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Matu & Daro, mengendalikan gerai makanan dan minuman serta perniagaan-perniagaan yang lain tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

 

4. 2.0 PERTANYAAN MENGENAI CUKAI TAKSIRAN

2.1 Apakah itu Cukai Taksiran? 

Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan (Harta) yang terletak dalam bidangkuasa Majlis Daerah Dalat & Mukah. Cukai Taksiran merupakan satu sumber pendapatan utama bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan hasil daripada cukai taksiran digunakan semula untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai khasnya penduduk-penduduk di kawasan Majlis Daerah Dalat & Mukah.

2.2 Apakah jenis pegangan yang dikecualikan daripada Cukai Taksiran?

Terdapat beberapa jenis pegangan yang dikecualikan daripada Cukai Taksiran. Antaranya ialah tempat ibadat, sekolah dan pusat kebajikan.

2.3 Apakah jenis / klasifikasi Cukai Taksiran yang dikenakan oleh Majlis Daerah Matu & Daro? 

  1. Tujuan Am
  2. Penyelenggaraan Jalan 
  3. Pungutan Sampah
  4. Lampu Jalan

2.4 Bilakah tarikh akhir pembayaran Cukai Taksiran?

Kawasan Bandar & Perumahan

  • setengah tahun pertama : 01 Januari - 31 Mei
  • setengah tahun kedua : 01 Julai - 31 Oktober 

Kawasan Kampung & Luar Bandar

  • Tahunan : 01 Januari - 31 Oktober
5. 5.0 PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN UNTUK PERMIT MENGGANTUNG KAIN RENTANG

5.1 Bagaimana untuk memohon? 

Semua permohonan untuk menggantung kain rentang harus diserahkan dan dialamatkan kepada :

 

Setiausaha,
Majlis Daerah Matu & Daro,

Bangunan Pengiran Hj Hipni,

Jalan Datuk Pengiran Hj Hipni,

96250, Matu

Sarawak.

(U/P:Bahagian Penguatkuasaan).


Permohonan perlu disertakan dengan maklumat-maklumat seperti berikut :

  1. Tujuan dan tarikh menggantung kain rentang.
  2. Lokasi / tempat kain rentang akan digantung.
  3. Rekabentuk / saiz kain rentang. 

5.2 Apakah syarat-syarat untuk pemberian Permit?

 

  1. Saiz kain rentang hendaklah bersesuaian.  
  2. Iklan-iklan rokok, arak atau berunsur negatif tidak dibenarkan dipamer pada kain rentang.
  3. Kain rentang hanya boleh dipamerkan dua minggu sebelum acara dimulakan dan harus diturunkan tiga hari selepas itu.
  4. Kebenaran daripada pemilik bangunan mesti diperolehi terlebih dahulu.
  5. Kain rentang mesti diikat dengan sempurna dan tidak boleh dibiarkan dalam keadaan selekeh.
  6. Kain rentang tidak boleh digantung merentangi jalan raya.
  7. Kain rentang tidak boleh dipaku atau diikat pada pokok yang ditanam oleh Majlis Daerah Matu & Daro di tepi jalan raya. 

 

5.3 Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap kain rentang?  

RM 15.00 untuk 1 meter persegi pertama dan RM 8.00 untuk 1 meter persegi yang seterusnya. Pemohon diminta untuk membayar deposit RM50.00 bagi memastikan semua syarat dipatuhi.

 

6. 6.0 PERTANYAAN MENGENAI LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

6.1 Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Perpustakaan?

  1. Pendaftaran Keahlian / Gantian Kad Ahli.
  2. Pinjaman & Pemulangan Buku.
  3. Pembaharuan pinjaman buku.
  4. Tempahan Buku.
  5. Perkhidmatan Rujukan.
  6. Perkhidmatan Sumber Media.
  7. Pinjaman Penggunaan Net Book 1Malaysia.
  8. Pinjaman Buku Antara Perpustakaan (dengan kerjasama PNS).
  9. Pinjaman Buku Secara Berkelompok kepada Sekolah / Tadika.
  10. Perkhidmatan Fotostat / Imbas (Scan).
  11. Menjalankan aktiviti-aktiviti galakan membaca.
  12. Menyediakan taklimat perpustakaan.
  13. Mempamerkan buku-buku baru.
  14. Perkhidmatan Book Drop.
  15. Mengadakan program Smart Partnership dengan kerjasama agensi / jabatan lain.

 

6.2 Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Kesihatan Awam?

  1. Bertanggungjawab ke atas kesihatan dan alam sekitar dikawasan yang terletak dibawah bidangkuasanya seperti perkhidmatan kutipan sisa-sisa pepejal, kebersihan jalan raya dan lain-lain.
  2. Kawalan penyakit berjangkit seperti demam denggi dan lain-lain.
  3. Kawalan mutu dan keselamatan makanan di kawasan yang terletak di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Matu & Daro.
  4. Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan pasar dan tandas awam.
  5. Memproses permohonan pelbagai lesen perdanganan.
  6. Menyemakan pelan bangunan untuk pengesahan bagi pengeluaran sijil layak menduduki bangunan.
  7. Menguatkuasakan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kesihatan awam.

6.3 Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Kerja Awam?

  1. Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
  2. Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan, seperti jalan raya, parit/longkang, jambatan, lampu jalan, taman rekreasi, bangunan-bangunan/harta majlis.
  3. Mengurus dan memproses dokumen-dokumen tender dan perjanjian kontrak.
  4. Menguruskan permohonan kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran Sijil Layak Menduduki Bangunan (Occupation Permit).
  5. Menyediakan laporan prestasi projek-projek pembangunan.
7. 7.0 SEBARANG KEMUSYKILAN SILA HUBUNGI:

Majlis Daerah Matu & Daro

Bangunan Pengiran Hj Hipni,

Jalan datuk Pengiran Hj Hipni,

96250, Matu

Sarawak


Ibu Pejabat - Tel: 084-832233

 (Matu)        Fax: 084-832343

(Daro)        -  Tel: 084-823227

                    Fax:084-823227