picture

 

PERUTUSAN PENGERUSI


 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh...

Salam Sejahtera, Salam Ibu Pertiwiku kepada pelawat Laman Web Majlis Daerah Matu dan Daro.

Saya amat berbangga kerana diberi kesempatan ini untuk memberi sepatah dua kata di laman web ini. Tahniah juga diucapkan kepada pihak Majlis Daerah Matu dan Daro kerana telah berjaya mewujudkan Laman Web ini.

Selaku Pengerusi Majlis, saya mengucapkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan kerana bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada Majlis dalam bidang ICT ini. Dengan adanya laman web ini, MDMD dapat berinteraksi dengan masyarakat di seluruh negara dan dunia amnya, dan juga dapat memperkenalkan fungsi, struktur organisasi dan semua aktiviti-aktiviti Majlis kepada semua pihak yang melawati Laman Web ini.

Pada masa kini,Internet amatlah penting bagi MDMD untuk berhubung dengan pihak luar.Komunikasi dapat dibuat dengan pantas dan lebih efisien selaras dengan kehendak dan keperluan pelangggan.

Dengan adanya laman web ini,maka dapatlah MDMD diperkenalkan ke seluruh negara secara amnya.Sebagai sebuah organisasi yang sering berurusan dengan komuniti,maka pastinya laman web ini mempunyai kekurangan dan kelemahan yang tidak disengajakan.Oleh itu, pihak MDMD mengalu-alukan teguran dan komen mana-mana pihak untuk menambahbaik laman web MDMD.

Sebagai komitmen dan ikrar pihak Majlis, warga kerjanya bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya demi untuk kecemerlangan penyampaian perkhidmatan Majlis kepada komuniti tempatan di kawasan bidang Majlis Daerah Matu dan Daro.


Sekian, Terima Kasih

BUJANG RAHMAN BIN SELI 
PENGERUSI MDMD