picture

 

MAKLUMAT LATAR BELAKANG MAJLIS DAERAH MATU DAN DARO


 

i)               Latar Belakang

                Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD) merupakan sebuah organisasi kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Local Authorities Ordinance, 1956 di bawah kuasa-kuasa Kerajaan Negeri. Ianya merupakan suatu peringkat Kerajaan yang berasingan dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu antara yang penting seperti kuasa mengadakan undang-undang kecil (atau by-laws) daripada enakmen-enakmen dan ordinan yang dilulukan oleh Kerajaan Negeri, kuasa mengutip cukai taksiran, kadar sewa dan lain-lain, serta kuasa mengadakan autonomi kewangan.

                Semasa awal penubuhannya pada 01 Januari 1957 sehingga April 1991, daerah-daerah di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Matu dan daro hanyalah Daerah Matu dan Daerah Daro sahaja. Pada tahun 01 Mei 1991, persempadanan semula telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri di mana Daerah Kecil Igan telah diserahkan kepada Majlis Daerah Matu dan Daro oleh pihak Majlis Daerah Luar Bandar Sibu untuk diambilalih kuasa pentadbirannya. Pada 01 Mei 2002, sekali lagi persempadanan semula kawasan di bawah bidangkuasa pihak Majlis telah dibuat. Pihak Majlis Daerah Sarikei telah menyerahkan Daerah Kecil Belawai, pihak Majlis Daerah Luar Bandar Sibu menyerahkan Kawasan Rassau dan Batang Lassa manakala pihak Majlis Daerah Meradong dan Julau telah menyerahkan Kawasan Nanga Semah, Penasu, Serdeng dan Semop kepada MDMD.

                Pada tahun 2016 sehingga kini, kawasan dibawah bidangkuasa pihak Majlis Daerah Matu dan Daro terdiri dari tiga daerah penuh dan satu daerah kecil iaitu :

  1. Daerah Matu yang berkeluasan 1,600 km persegi.
  2. Daerah Daro yang berkeluasan 1,226 km persegi.
  3. Daerah Tanjung Manis yang berkeluasan 731 km persegi.
  4. Daerah Kecil Igan yang berkeluasa 248 km persegi.

 

Secara keseluruhan, Kawasan dibawah bidangkuasa pihak Majlis Daerah Matu dan Daro adalah seluas 3,805 km persegi.


Sumber    : Cartography Section, Land & Survey Department

Nota         : Compiled on October 2015



ii)                    Kawasan Pentadbiran

Daerah Matu


Daerah Daro


Daerah Tanjung Manis


Daerah Kecil Igan



  • Pusat pentadbiran utama atau Ibupejabat Majlis Daerah Matu dan Daro terletak di Matu.
  • Setiap daerah mempunyai pejabat cawangan masing-masing seperti :

  1. Pejabat MDMD, Cawangan Daro (Daerah Daro).
  2. Pejabat MDMD, Cawangan Belawai (Daerah Tg. Manis).
  3. Pejabat MDMD, Cawangan Igan (Daerah Kecil Igan).

Ibupejabat MDMD, Matu


Pejabat MDMD, Cawangan Igan



iii)                    Populasi

 

A.      Populasi Penduduk

Daerah

Populasi

2000

2010

2019

Matu

11,498

17,369

21,000

Daro

15,268

30,671

37,300

 

B.      Populasi Berdasarkan Jantina

Daerah

2010

2019

Jumlah

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Lelaki

Perempuan

Matu

17,369

8,672

8,697

21,000

10,900

10,100

Daro

30,671

16,101

14,570

37,300

20,200

17,100

 

C.      Populasi Berdasarkan Etnik (2019)

2019

Daerah

Jumlah

Warganegara Malaysia

Jumlah Bumiputer

Melayu

Iban

Bidayuh

Melanau

Lain-lain bumiputera

Cina

India/ lain-lain

Bukan Warganegara Malaysia

 

Matu

21,000

20200

19,400

700

3,200

100

14,800

600

600

200

800

 

Daro

37,300

33,900

33,000

2,700

4,300

200

25,200

700

800

100

3,300

 

 

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia/ Sarawak Fact and Figures 2019