picture

Latar Belakang Tanjung Manis

 

Latar Belakang Tanjung Manis


Pada 1 Oktober 2015 secara rasminya pentadbiran Daerah Kecil Belawai telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Daerah Tanjung Manis.

Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaiktaraf Daerah Kecil Belawai kepada status daerah dalam usaha mentransformasikan pembangunan yang semakin pesat di daerah itu.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datu Haji Len Talif Salleh langkah menaik taraf daerah kecil kepada sebuah daerah penuh bertujuan untuk mengukuhkan lagi pentadbiran dan meransang pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

“Pengiktirafan dan menaik taraf kepada Daerah Tanjung Manis bukan sahaja mengukuhkan ekonomi penduduk dan setempat bahkan memudahkan lagi pengurusan pentadbiran yang akan memberikan banyak manfaat kepada penduduk.

“Ini sekaligus melonjakkan taraf sosial dan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan yang dijangka akan berkembang dengan lebih pesat pada masa depan”, katanya di hadapan kira-kira 500 penduduk yang datang menyaksikan penyerahan dokumen naik taraf di Masjid Darul Arqam, Belawai.

Datu Len Talif juga turut menggesa rakyat di kawasan Daerah Tanjung Manis ini untuk terus menyokong kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Adenan Satem yang ternyata telah membuktikan pentadbirannya dengan jayanya.

Sokongan yang berterusan daripada rakyat akan memastikan segala program pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik sekaligus memberikan manafaat kepada rakyat.

 

 

Majlis penyerahan ini turut dihadiri Residen Bahagian Mukah Hj Supaih Hj Hamdan, Pegawai Daerah Daro Abang Mohamad Abang Turkey dan Udin Bujang Pegawai Daerah Tanjung Manis.