MAKANAN

 

MAKANAN


SESAR UNJUR (Udang Kering/ Udang Salai)

           Matu dan Daro amat terkenal dengan pelbagai makanan laut dan produk-produk yang dihasilkan dari makanan laut. Salah satu makanan yang terkenal di sini ialah Sesar Unjur (udang kering/ udang salai). Sesar unjur adalah udang merah atau lebih dikenali sebagai “payak” oleh masyarakat tempatan yang diproses dan disalai sehingga kering. Proses pembuatannya amat rumit dan teliti bagi memastikan ianya berkualiti, tahan lama tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan hanya menggunakan udang yang segar. Udang-udang tersebut perlu dibuang kepala dan kulit kemudian disusun secara lurus satu persatu diatas dulang khas kemudian baharulah ianya disalai. Sesar Unjur merupakan salah satu snek kegemaran masyarakat Melanau khasnya dan mempunyai rasa yang amat unik. Selain boleh dimakan begitu sahaja (kebiasaan dimakan bersama sagu oleh masyarakat tempatan), sesar unjur ini juga boleh dijadikan masakan ataupun boleh dicampur dalam masakan sebagai contoh masak singgang atau masak lemak. Pada masa kini pelbagai produk yang berasaskan Sesar Unjur dihasilkan. bagi orang yang berkunjung kesini, mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sesar unjur walaupun harganya agak tinggi untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Namun demikian, sesar unjur ini adalah makanan bermusim memandangkan ianya paling banyak dan senang diperolehi sekitar bulan Mac hingga Julai (musim nelayan kelaut/ musim ikan). pada bulan-bulan lain agak sukar untuk mendapatkannya. Sesar Unjur banyak terdapat di Kampung Kuala Matu, Kampung Tian, Kampung Rajang, Kampung Belawai, Pulau Beruit dan kampung-kampung di sekitarnya.

   

  • Sesar Unjur



MINYAK SEKIU

         Minyak sekiu merupakan makanan tempatan di Kampung Jemoreng Matu. Ianya dibuat dan diproses oleh penduduk kampung semenjak zaman dahulu. Minyak sekiu dimakan bersama nasi.

 Pada setiap tahun, pesta minyak sekiu diadakan pada bulan disember dan disamping membuat minyak terdapat aktiviti lain diadakan seperti pertandingan nyanyian, bola sepak dan sebagainya.

Minyak sekiu sebenarnya adalah ekstrak minyak yang didapati dari sejenis buah hutan yang dinamakan buah sekiu. Di daerah Jemoreng, Matu merupakan antara tempat yang banyak mempunyai pohon sekiu tumbuh dan kerana itulah masyarakat Melanau di Jemoreng sudah mengetahui memakan minyak sekiu ini sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.
Menariknya mengenai minyak sekiu ini adalah sehingga sekarang proses untuk ektraksinya masih lagi berdasarkan kepada kaedah tradisional yang diwariskan sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat Melanau Jemoreng. Mungkin kerana keasliannya amat dititikberatkan menyebabkan harga minyak sekiu ini sangat mahal iaitu boleh mencecah RM100 untuk 50 ml.
Dan menurut pengesahan yang dikeluarkan oleh pakar pemakanan baru-baru ini ada menyatakan bahawa minyak sekiu itu mempunyai nilai perubatan.



MINYAK SEKIU

 

Kuih Pipus ini amat berkait rapat dengan kaum Melanau Bintulu Pada zaman kini, kuih tersebut tidak dikenali ramai Ti’ong ini disahkan kewujudannya sekitar 200 tahun dahulu bermula pada era 1800-an.

Kuih tersebut juga terkenal juga dengan nama Pipus di Paloh, Rajang, Matu, Daro dan Belawai. Nama gelaran Ti’ong digunakan di Bintulu , Tatau dan Mukah.

Perbezaan antara kuih Pipus dan kuih Ti’ong adalah kuih Pipus tahan lebih lama sehingga berbulan-bulan kerana ianya berintikan isi daging dan ikan. Manakala kuih Ti’ong pula tidak tahan lama kerana ianya mudah keras kerana diselaputi dengan lemantak dan kelapa. Untuk menyedapkan lagi rasa kuih tersebut, kuih tersebut boleh dimakan bersama sos cili, kuah kari dan bawang putih yang telah dicincang halus. Pada zaman dahulunya, ia disajikan semasa perayaan Kaul, majlis perkahwinan, majlis doa selamat dan banyak lagi. Tuntasnya, kuih tersebut banyak digunakan semasa perayaan yang penting dan suatu majlis yang diraikan secara besar-besaran dan resepinya masih sama seperti dahulunya.

Kuih Pipus tersebut boleh didapati di Kampung Badong, Daro di gerai-gerai jualan.

  


 GERAI JUALAN PIPUS DAN JUALAN IKAN TERUBOK

 

 LANDMARK  REPLIKA PIPUS DI KAMPUNG BADONG, DARO