PERUTUSAN SETIAUSAHA
Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang untuk semua.
Selamat datang ke laman web rasmi Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD). Saya berasa amat berbesar hati untuk menyampaikan ucapan alu-aluan ini kepada semua pengunjung laman web kami.
Laman web ini merupakan platform rasmi kami dalam menyampaikan maklumat yang tepat, telus dan terkini berkenaan perkhidmatan, dasar, aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh pihak Majlis. Ia juga bertujuan sebagai saluran komunikasi dua hala antara pihak Majlis dan masyarakat, selaras dengan aspirasi kami untuk membudayakan tadbir urus yang cekap dan mesra rakyat.
Majlis Daerah Matu dan Daro komited dalam merancang serta melaksanakan pembangunan yang mampan demi kesejahteraan komuniti setempat. Dengan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta dan penduduk tempatan kami percaya daerah ini mampu terus berkembang maju dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam bidang pelancongan, infrastruktur, dan keusahawanan.
Akhir kata, saya mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan yang membina daripada anda semua demi menambah baik mutu perkhidmatan kami. Bersama-sama, marilah kita berganding bahu membina masa depan yang lebih cerah untuk Matu dan Daro.
Sekian, terima kasih.
"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
"AN HONOUR TO SERVE"
CHIONG SIEW PING
Setiausaha,
Majlis Daerah Matu dan Daro.
