Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 27 Mei 2017
Versi 8.0.1
TELAGA PENAWAR DAN TIANG BENITEKTELAGA PENAWAR DAN TIANG BENITEK

Telaga Penawar dan Tiang Benitek merupakan tempat bersejarah yang terdapat di Kampung Jemoreng, juga dalam Daerah Matu.

 Telaga Penawar atau Tebah Penawar merupakan air telaga yang boleh menyembuh pelbagai penyakit mengikut sejarah orang dulu-dulu. Ia juga menjadi kunjungan pasangan suami isteri yang ingin mendapat anak. Malah, suatu ketika dulu dikatakan jika orang yang cuba menuba di hulu dan ikan yang berenang ke hilir serta melalui kawasan telaga ini tidak akanmabuk oleh bahan tuba berkenaan. Menurut sejarah orang dahulu, air telaga ini boleh didapatkan dengan cara memusingkan duit syiling atau paku di sekeliling badan kepada siapa yang ingin mengambil air Telaga Penawar kemudian melontar syiling atau paku tersebut ke dalam air telaga. Namun, kesedaran daripada penduduk kampung dan kampung-kampung di sekitar kampung Jemoreng yang majoritinya menganut agama Islam, menyebabkan air telaga penawar kian dilupakan. Hal ini kerana, sekiranya kepercayaan terhadap air telaga penawar diteruskan, boleh menimbulkan khurafat di kalangan penduduk yang majoritinya beragama Islam. Kini, Telaga Penawar hanyalah sebagai boneka tempat bersejarah di Kampung Jemoreng Matu.

 

Tiang Benitek pula ialah sebatang tiang kayu berlian yang berukur lilit 80 cm yang masih menjadi misteri kepada penduduk kampung Jemoreng. Menurut cerita warga tua di sini, tiang ini dahulunya menjadi tempat pengadilan (lebih kurang macam mahkamah) semasa zaman pembesar Orang Kaya Sergunim lebih kurang 400 tahun dulu. Menurut cerita orang kampung, di bawah Tiang Benitek ini, terdapat duit syiling lama yang menjadi peninggalan orang zaman dahulu