Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 11 Dis 2017
Versi 8.0.2c
Latar Belakang MDMDLatar Belakang MDMD

a)      Kawasan Sebenar

Luas kawasan sebenar bidang kuasa MDMD adalah 3,556.32 km persegi.Jadual berikut adalah sebenar keluasan kawasan MDMD.

 

Daerah Daro

1,225.74 KM PERSEGI

Daerah Kecil Belawai

730.53 KM PERSEGI

Daerah Matu

1,352.55 KM PERSEGI

Daerah Kecil Igan

247.50 KM PERSEGI

                         Jumlah:     

3,556.32 KM PERSEGI

 

 

  b)Kawasan Pentadbiran

Pada tahun 1991,persempadanan semula telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri di mana Daerah Kecil Igan telah diserahkan kepada Majlis ini oleh Majlis Daerah Luar Bandar Sibu untuk diambilalih kuasa pentadbirannya oleh Majlis ini.Dengan penyerahan tersebut,maka keluasan kawasan bidangkuasanya adalah jumlah lebih kurang 2,825.79 km yang terdiri daripada Daerah Matu,Daerah Daro Dan Daerah Kecil Igan.

Pada tahun 2002,sekali lagi persempadanan semula dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri di mana penyerahan Daerah Kecil Belawai telah diserahkan oleh Majlis Daerah Sarikei: dan kawasan Sungai Rassau dan Batang Lassa oleh Majlis daerah Luar Bandar Sibu; dan Kawasan Ng. Semah/Penasu/Serdeng dan Semop di serahkan oleh Majlis Daerah Meradong dan Julau.

Pejabat pentadbiran utama nya ialah di Matu. Majlis Daerah Matu    dan Daro juga mempunyai sebuah Pejabat Kecilnya di Daro yang dikenali sebagai Pejabat Kecil Majlis Daerah Matu dan Daro. Bandar tg. Manis yang terletak dalam Daerah Kecil Belawai merupakan sebuah kawasan perindustrian yang sedang pesat membangun dan ianya menyumbang kepada sebahagian besar daripada pungutan cukai taksiran bagi Majlis ini.Dengan pelaksanaan projek SCORE oleh Kerajaan Negeri dalam sedikit masa lagi akan memberi impak yang besar kepada Majlis ini.Persediaan yang rapi perlu dirancang dan dibuat bagi menghadapi kesan-kesan daripada perlaksaan projek SCORE nanti.