Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Akaun Dan Kewangan Majlis Daerah Matu dan Daro Tahun 2017
Majlis Daerah Matu dan Daro bersama pihak Kementerian telah menjalankan pemeriksaan pematuhan prosedur akaun dan kewangan Majlis MDMD. Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh 2 (dua) orang pegawai inspektorat dari MLGH iaitu Puan Siti Faidzyarina bt Abdul Hamid,Akauntan, W41 dan Puan Siti Nor Hazirah bt Joni, Penolong Akuantan, W29.
Pemeriksaan ini telah berlangsung pada 11 hingga 14 Disember 2017 bagi mengetahui pematuhan prosedur akaun MDMD untuk penambahbaikkan pada masa yang akan datang.
Pemeriksaan ini berakhir dengan Mesyuarat Exit Conference pada 14.12.2017 pada jam 11.00 pagi.
Mesyuarat Exit Conference ini dihadiri oleh Cik Fatimah bt Taha, (wakil bahagian Khidmat dan Pengurusan), Puan Salwati bt Adni (Ketua Bahagian Kewangan),Puan Nazihah bt Talibali, PT(Kew), W19, Cik Zuraikha bt Yasa, PT(KEW), W19 dan En Rozaiman b Drowais, P.Awam, H11, Cik Nur Jihan bt Ahmad (Wakil bahagian Penilaian), Cik NurShima(Wakil bahagian kejuruteraan),En Haniff b Omar Omaiah (Wakil bahagian kesihatan), Cik Dyg Amila(Wakil Bahagian Pembangunan Komuniti), Encik Ismail bin Sauper,(Wakil bahagian Penguatkuasa) dan Encik Kamil b Latip, (Ketua Pejabat Cawangan MDMD Daro)