LAWATAN 12 TADIKA KEMAS DAERAH MATU DAN DARO KE PERPUSTAKAAN AWAM MATU
14 Ogos 2026, Matu - Perpustakaan Awam Matu telah menerima kunjungan daripada 12 buah Tadika KEMAS Daerah Matu dan Daro dalam satu lawatan pendidikan yang bertujuan memperkenalkan perpustakaan sebagai salah satu ruang pembelajaran, penerokaan ilmu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Sepanjang lawatan, anak-anak tadika berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik antaranya:
- Sesi Pengenalan Perpustakaan
- Bacaan Buku & Read Aloud
- Storytelling/ Sesi Bercerita Interaktif
- Nyanyian dan Aktiviti Interaktif
- Eksplorasi Koleksi Buku Kanak-kanak
- Cinema Day
Lawatan seperti ini bukan sahaja memberikan pengalaman baharu kepada kanak-kanak, malah dapat memupuk minat membaca dan membina budaya membaca sejak usia awal.
Terima kasih diucapkan kepada semua 12 Tadika KEMAS Daerah Matu dan Daro, para guru serta semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Semoga Perpustakaan Awam Matu terus menjadi ruang ilmu yang dekat dengan komuniti dan mesra kanak-kanak.