28 Ogos 2026, Daro - Program Pemerkasaan Produk Seni Budaya Jahitan Burik Iban telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan Masyarakat Daro.
Program ini merupakan satu usaha untuk memperkasakan seni budaya masyarakat Iban, khususnya dalam penghasilan produk jahitan Burik Iban, di samping memelihara, mengembangkan dan memastikan warisan seni budaya ini terus dihargai serta diwarisi oleh generasi akan datang.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mendapat pendedahan dan pengetahuan berkaitan seni jahitan Burik Iban serta berpeluang meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan produk berasaskan warisan budaya tersebut.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua Ahli Majlis dan peserta yang telah hadir dan memberikan penglibatan yang sangat baik sepanjang program berlangsung.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi salah satu platform dalam memperkasakan seni budaya serta mengangkat produk Burik Iban agar terus dikenali dan dihargai.