MESYUARAT JAWATANKUASA PENUH MAJLIS BIL. 3/2026
Tarikh: 04 September 2026 | Jumaat
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MDMD, Matu
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penuh Majlis Bil. 3/2026 telah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran, pengurusan serta pelaksanaan keputusan mesyuarat jawatankuasa di bawah pentadbiran Majlis Daerah Matu dan Daro.
Mesyuarat ini turut menerima laporan minit mesyuarat daripada jawatankuasa berikut:
✅ Jawatankuasa Kewangan, Tender dan Pelaburan Bil. 3/2026
✅ Jawatankuasa Kejuruteraan dan Bangunan Bil. 3/2026
✅ Jawatankuasa Kesihatan Awam, Perniagaan dan Perlesenan Bil. 3/2026
✅ Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti dan Integrasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bil. 3/2026
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perkara-perkara lain berkaitan pentadbiran majlis bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan.