OPERASI PENGUATKUASAAN HAIWAN TERNAKAN TERBIAR
Posted on 27 May 2026
Source of News: Majlis Daerah Matu dan Daro
Selasa | 19 MEI 2026 : Majlis Daerah Matu Dan Daro telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Haiwan Ternakan Terbiar di sekitar kawasan Matu dan Daro. Tangkapan dan sitaan lembu ini telah dilaksanakan oleh MDMD dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Bahagian Mukah.
Sepanjang operasi ini, pihak Majlis telah menangkap sebanyak 4 ekor lembu dimana seekor lembu telah disita di Kampung Tian, Matu dan tiga ekor di jalan menuju Kampung Tebaang, Daro.
Tindakan tegas ini diambil oleh Majlis Daerah Matu Dan Daro terhadap pemilik haiwan ternakan selaras dengan Polisi Haiwan Ternakan Terbiar MDMD.
Pihak MDMD ingin menasihatkan kepada semua pemilik haiwan ternakan terutamanya Lembu dan Kambing supaya tidak membiarkan haiwan ternakan berkeliaran tanpa pengawasan dan menganggu penduduk setempat. Pihak MDMD akan mengambil tindakan sita sekiranya masalah ini masih berlaku.