Laman Web Rasmi Majlis Daerah Matu dan Daro
Siaran Akhbar, 14 August 2026
LAWATAN 12 TADIKA KEMAS DAERAH MATU DAN DARO KE PERPUSTAKAAN AWAM MATU 14 Ogos 2026, Matu - Perpustakaan Awam Matu telah menerima kunjungan daripada 12 buah Tadika KEMAS Daerah Matu dan Daro dalam satu lawatan pendidikan yang bertujuan memperkenalkan perpustakaan sebagai salah satu ruang pembelajaran, penerokaan ilmu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Sepanjang lawatan, anak-anak tadika berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik antaranya: Sesi Pengenalan Perpustakaan Bacaan Buku & Read Aloud Storytelling/ Sesi Bercerita Interaktif Nyanyian dan Aktiviti Interaktif Eksplorasi Koleksi Buku Kanak-kanak Cinema Day Lawatan seperti ini bukan sahaja memberikan pengalaman baharu kepada kanak-kanak, malah dapat memupuk minat membaca dan membina budaya membaca sejak usia awal. Terima kasih diucapkan kepada semua 12 Tadika KEMAS Daerah Matu dan Daro, para guru serta semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Semoga Perpustakaan Awam Matu terus menjadi ruang ilmu yang dekat dengan komuniti dan mesra kanak-kanak.
Siaran Akhbar, 26 August 2026
PROJEK RIVER4LIFE DISENARAI PENDEK UNTUK ASK2026 20 Ogos 2026, Kuching - Membawa delegasi JKKK Tinak Tian mewakili Kampung Tian, Matu bagi sesi pembentangan Anugerah SMART Komuniti 2026 (ASK2026). Syabas kerana projek River4Life berjaya disenarai pendek! Pencapaian ini membuktikan komitmen komuniti dalam memelihara alam sekitar serta mewujudkan kampung yang lebih bersih, lestari dan sejahtera. Semoga sesi pembentangan berjalan lancar dan membuahkan kejayaan buat seluruh warga Kampung Tian.
Siaran Akhbar, 01 September 2026
28 Ogos 2026, Daro - Program Pemerkasaan Produk Seni Budaya Jahitan Burik Iban telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan Masyarakat Daro. Program ini merupakan satu usaha untuk memperkasakan seni budaya masyarakat Iban, khususnya dalam penghasilan produk jahitan Burik Iban, di samping memelihara, mengembangkan dan memastikan warisan seni budaya ini terus dihargai serta diwarisi oleh generasi akan datang. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mendapat pendedahan dan pengetahuan berkaitan seni jahitan Burik Iban serta berpeluang meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan produk berasaskan warisan budaya tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua Ahli Majlis dan peserta yang telah hadir dan memberikan penglibatan yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi salah satu platform dalam memperkasakan seni budaya serta mengangkat produk Burik Iban agar terus dikenali dan dihargai.
Siaran Akhbar, 07 September 2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PENUH MAJLIS BIL. 3/2026 Tarikh: 04 September 2026 | Jumaat Masa: 8.30 pagi Tempat: Bilik Mesyuarat MDMD, Matu Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penuh Majlis Bil. 3/2026 telah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran, pengurusan serta pelaksanaan keputusan mesyuarat jawatankuasa di bawah pentadbiran Majlis Daerah Matu dan Daro. Mesyuarat ini turut menerima laporan minit mesyuarat daripada jawatankuasa berikut: ✅ Jawatankuasa Kewangan, Tender dan Pelaburan Bil. 3/2026 ✅ Jawatankuasa Kejuruteraan dan Bangunan Bil. 3/2026 ✅ Jawatankuasa Kesihatan Awam, Perniagaan dan Perlesenan Bil. 3/2026 ✅ Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti dan Integrasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bil. 3/2026 Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perkara-perkara lain berkaitan pentadbiran majlis bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan.
Siaran Akhbar, 27 May 2026
Selasa | 19 MEI 2026 : Majlis Daerah Matu Dan Daro telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Haiwan Ternakan Terbiar di sekitar kawasan Matu dan Daro. Tangkapan dan sitaan lembu ini telah dilaksanakan oleh MDMD dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Bahagian Mukah. Sepanjang operasi ini, pihak Majlis telah menangkap sebanyak 4 ekor lembu dimana seekor lembu telah disita di Kampung Tian, Matu dan tiga ekor di jalan menuju Kampung Tebaang, Daro. Tindakan tegas ini diambil oleh Majlis Daerah Matu Dan Daro terhadap pemilik haiwan ternakan selaras dengan Polisi Haiwan Ternakan Terbiar MDMD. Pihak MDMD ingin menasihatkan kepada semua pemilik haiwan ternakan terutamanya Lembu dan Kambing supaya tidak membiarkan haiwan ternakan berkeliaran tanpa pengawasan dan menganggu penduduk setempat. Pihak MDMD akan mengambil tindakan sita sekiranya masalah ini masih berlaku.
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026