Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 19 Dis 2018
Versi 8.1.2

"Penyakit anjing gila [Rabies] ialah sejenis penyakit virus yang menyebabkan radang otak pada manusia atau haiwan yang dijangkiti. Simptom awal termasuklah demam atau terasa kebas pada tempat terkena jangkitan. Simptom ini kemudiannya diikuti dengan beberapa simptom lain; kelakukan agresif, sawan, simptom takut air (Hydrophobia), tidak mampu menggerakkan bahagian tubuh badan, kekeliruan dan koma Apabila penyakit ini mula menunjukkan simptom-simptom tersebut, kebiasaannya pesakit tidak dapat diselamatkan lagi. Jangka masa di antara mulanya jangkitan virus penyakit ini dengan permulaan simptom biasanya di antara satu hingga tiga bulan; walaupun begitu, jangka masa ini berubah-ubah di antara kurang dari satu minggu hingga lebih dari setahun. Jangka masa ini berubah-ubah bergantung kepada jangka masa virus untuk sampai ke sistem saraf pusat. Ini cukup untuk membuktikan bahawa bahayanya virus penyakit anjing gila ini, oleh itu kawalan haiwan untuk mengurangkan kadar risiko virus ini adalah penting dan perlu dilakukan bersama tidak kira daripada pemelihara ataupun terus daripada badan-badan kerajaan."

Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan telah memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada setiap majlis yang bertanggungjawab di daerah masing-masing untuk melakukan penguatkuasaan terhadap pemeliharaan anjing.


PENGECUALIAN YURAN LESEN ANJING SETAHUN MULAI DISEMBER 2019

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menawarkan pengecualian yuran pembayaran lesen anjing setahun bermula 1 Disember 2018 hingga 30 November 2019. Tawaran pengecualian ini dibuat bagi menggalakkan pemilik anjing untuk mendapatkan lesen haiwan peliharaan mereka dibawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (Perlesenan dan Kawalan Anjing). Berita penuh di sini.


MUAT TURUN BORANG PEMILIKAN ANJING

Semua pemilik anjing peliharaan/ premis penjagaan anjing/ penternak baka anjing, sila lakukan  pendaftaran Lesen Pemilikan Anjing melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terdekat. Borang permohonan Lesen Pemilikan Anjing boleh dimuat turun di sudut Orang Awam (muat turun - Borang Pemilikan Anjing) untuk kawasan dibawah bidangkuasa Majlis Daerah Matu dan Daro. Borang tersebut juga boleh didapati DI SINI .


CARA-CARA PENDAFTARAN PEMILIKAN ANJING

Oleh itu, pihak berkuasa telah menetapkan syarat-syarat untuk membolehkan semua pemilik anjing untuk mendaftarkan anjing peliharaan mereka di bawah Majlis Daerah/Perbandaran masing-masing. Sila muat turun LAMPIRAN INI bagi rujukan pendaftaran pemilikan anjing.


KEPERLUAN UNTUK PERMOHONAN LESEN BAGI PET SHOP/ DOG BREEDER'S 

Berikut adalah cara dan syarat bagi permohonan lesen bagi Pet Shop dan Dog Breeders's di kawasan Majlis Daerah masing-masing.

Sila muat turun LAMPIRAN INI bagi rujukan permohonan Pet Shop / Dog Breeder's

 

 

SENARAI ANJING YANG DILARANG


 

 


CONTOH ANJING KATEGORI SMALL BREED YANG DIBENARKAN


 

 

Kerjasama daripada semua pihak termasuk pemilik-pemilik anjing adalah diperlukan bagi mengawal populasi anjing-anjing liar di kawasan masing-masing. Ini adalah bagi mengelakkan penularan wabak dan memastikan kawasan di bawah kuasa Majlis adalah selamat dan bersih demi keselesaan penduduk bersama.


Sekian,

Majlis Daerah Matu dan Daro.