Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

NOTIS PEMBERITAHUAN

PEMBUKAAN OPERASI PEJABAT MAJLIS DAERAH MATU DAN DARO (MDMD) SEMASA/ SELEPAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Kerajaan Sarawak pada 9 Mei 2020 telah mengumumkan bahawa semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi mulai 12 Mei 2020 (Hari Selasa) tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Kerajaan/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Sehubungan dengan itu,  mulai 12 Mei 2020 (Hari Selasa), pejabat Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD) akan mula beroperasi secara berperingkat mengikut jadual waktu kerja yang biasa, iaitu pukul  8:00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari (kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum yang diwartakan). Ini adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan Majlis beroperasi dengan prestasi yang baik dan efektif.

Notis pemberitahuan ini berkuatkuasa dengan serta-merta. Pihak MDMD akan sentiasa mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak berkuasa Kerajaan/ JPBN.


PEMANGKU SETIAUSAHA

MAJLIS DAERAH MATU DAN DARO

Tarikh: 11 Mei 2020