Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Bahagian Penilaian dan Percukaian Bahagian Penilaian dan Percukaian

Bahagian ini berperanan :

a) Menjalankan kerja ukur periksa.

b) Menyiapkan pelan lakar, pelan lokasi.

c) Membuat siasatan rumah roboh, baru dan terbiar.

d) Memproses pertukaran hakmilik pegangan.

 

Apakah Cukai Pintu?

  • Cukai yang dikenakan keatas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di kawasan bidangkuasa sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Siapakah Pembayar Cukai Pintu?
  • Pemilik : Rumah, Rumah Kedai, Hotel.Stesen Servis, Tanah Kosong/ Pegangan Berkadar yang lain yang terletak di kawasan PBT.
  • Orang yang mendiami/ menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hak milik berasingan atau tanah yang dirizab untuk sesuatu maksud awam.
Kenapa Dikehendaki Membayar Cukai Pintu?
  • Hasil daripada Cukai Pintu adalah untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan awam seperti :
  1. Penyelenggaraan Jalan.
  2. Penyellenggaraan Taman Rekreasi.
  3. Pemotongan Rumput.
  4. Lampu Jalan.
  5. Kemudahan-kemudahan Awam.
Jadual Pengurangan Cukai Pintu (Pegangan Kediaman Sahaja)
Cukai Taksiran Tahunan (RM) Peratusan Pengurangan (%)
50.00 kebawah 100 (Tidak dikenakan bayaran)
50.01 - 100.00 90
100.01 - 150.00 80
150.01 - 200.00
70
200.01 - 250.00 60
250.01 - 300.00 50
300.01 - 350.00 40
350.01 - 400.00 30
400.01 - 500.00 20
500.01 - 700.00 10
700.01 keatas Tiada pengurangan dan jumlah yang sedia ada adalah dikekalkan.