Pembersihan Pantai Belawai
26 JULAI 2019
Anjuran bersama WWF-Malaysia, Pejabat Daerah Tanjung Manis & Majlis Daerah Matu-Daro.
Agensi turut terlibat :
• Ketua-ketua masyarakat di Belawai, Rajang, Jerijeh • Tanjung Manis Airport • Jabatan BOMBA • Jabatan Imigresen • Jabatan Kesihatan Tanjung Manis • Klinik Belawai • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) • Majlis Daerah Matu Daro • Pejabat Daerah Tanjung Manis • Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis • Lembaga Sungai Sarawak Tanjung Manis • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia • Jabatan Perikanan Tanjung Manis • Persatuan Nelayan Kampung Belawai • SESCO Belawai • STIDC Tanjung Manis
Jumlah Peserta : 60 Orang
Jumlah agensi terlibat: 15
Jumlah berat sampah yang dikumpul: 419.70 kg
Jumlah beg sampah yang dikumpul: 95 beg
Adalah menjadi satu tanggungjawab bersama tidak kira agensi-agensi kerajaan terutamanya masyarakat setempat untuk mementingkan kebersihan pantai Belawai yang menjadi satu daya tarikan tempat ini. Kebersihan adalah salah satu faktor penting yang boleh membangunkan ekonomi di daerah ini kerana pantai Belawai boleh dijadikan satu kawasan eko pelancongan di samping menjaga ekosistem dan hidupan laut di kawasan ini. Pelbagai spesis hidupan laut yang jarang ditemui di tempat lain terdapat di persisir pantai belawai contohnya Ikan lumba-lumba dan sebagainya. Oleh itu, diharap usaha ini dapat meningkatkan kesedaran tentang warisan ekologi di Belawai serta kepentingan menjaga kebersihan pantai untuk mengekalkan warisan ini.
hatif101
|