Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

Masjid Daerah Daro Dibuka Kepada Orang Ramai Secara Rasmi
Tarikh : 08 Nov 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

SIBU: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merasmikan Masjid Daerah Daro dan menunaikan solat Jumaat berjemaah bersama penduduk di sini, hari ini.

Ketibaan Tun Taib kira-kira jam 12 tengah hari disambut oleh Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro Safiee Ahmad, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi dan  Penyandang DUN Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab serta tetamu kehormat yang lain.

Sementara itu, Masjid Daerah Daro mula dibina pada Mac 2019 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2021.

Tun Taib melakukan simbolik perasmian Masjid Daerah Daro sambil disaksikan oleh Abang Johari (empat kiri), (dari kanan) Len Talif, Safiee, (dua dari kiri) Ahmad Johnie dan Julaihi.

Masjid yang dibina dengan kos RM9.5 juta menamatkan penantian penduduk tempatan yang telah lama menginginkan sebuah masjid baru untuk keselesaan para jemaah.

Keunikan reka bentuknya yang tidak menggunakan kubah bakal menjadikan ia antara masjid yang unik di Daerah Daro ini.