Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN NEGERI SARAWAK
Tarikh : 06 Oct 2021  Sumber Berita: Jabatan Penerangan Sarawak
 

Tun Taib mengurniakan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (PPB) kepada Setiausaha Majlis Daerah Matu Daro Ahmad Jerry Hashim

 

KUCHING, 4 Oktober 2021: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengurniakan pingat dan darjah kebesaran negeri kepada 100 orang penerima semasa Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri di sini, pagi tadi.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (PPB) kepada lima penerima didahului oleh Setiausaha Majlis Daerah Matu Daro Ahmad Jerry Hashim dan seterusnya diikuti oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Integriti Jabatan Ketua Menteri Shamsul Bojeng Chiew Chee Yau, Norliza Eileen Ibrahim dan Zuraida Idris.

Istiadat kemudiannya disusuli dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (PPT) kepada seramai 30 penerima antaranya ialah Sub Inspektor Davaraj Subramaniam, Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Putrajaya, Mohd Nazri Ismail dan Norshamilawati Jamel manakala antara 65 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (BBS) ialah Kaunselor Poni Tayon dan Kaunselor Lusia@Lessia Lindang.

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Malcolm Mussen Lamoh dan isteri serta tetamu kenamaan lain.