Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Berita

PANTAU PEMATUHAN SOP PKP DI MUKAH MDMD BEKERJASAMA DENGAN AGENSI BERKAITAN
Tarikh : 06 Jun 2021  Sumber Berita: Berita RTM Sarawak
 





MUKAH: PANTAU PEMATUHAN SOP PKP DI MUKAH MDMD BEKERJASAMA DENGAN AGENSI BERKAITAN

Pemantauan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (S-O-P) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukah giat dilaksanakan.

Menurut Majlis Daerah Matu Daro (MDMD), pemantauan dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

MDMD menerusi kenyataan media memaklumkan agensi terbabit adalah pihak Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan RELA.

Pemantauan dilakukan setiap hari bagi memastikan orang awam dan premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi mematuhi SOP terutama di kawasan pasar Daro.

MDMD turut mengingatkan supaya sentiasa mengenakan pelitup separuh muka selain pemilik premis perniagaan harus mengehadkan jumlah pelanggan yang masuk ke premis.

Pemilik premis atau majikan juga hendaklah memastikan pekerja mendaftar kehadiran bertugas dengan menggunakan aplikasi Mysejahtera atau secara manual.

Dalam kenyataan sama, MDMD mendedahkan setakat Rabu lepas, dua kompaun telah dikeluarkan kepada majikan yang gagal merekod kehadiran pekerja bertugas selain buku rekod pelanggan tidak dikemaskini.

#beritartmsarawak