Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

MAJLIS DAERAH MATU DAN DARO

PENGHADAN TEMPOH BEROPERASI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MENCEGAH WABAK COVID-19

Adalah dinaklumkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah memutuskan bahawa bermula 24 Mac 2020, semua Kedai Runcit, Medan Selera, Restoran, Kopitiam, Stesen Minyak, Hypermarket, Supermarket, Klinik Swasta dan Kedai Serbaneka yang beroperasi 24 jam hanya dibenarkan beropeasi dari jam 7:00 PAGI HINGGA 7:00 MALAM.

Semua Hypermarket, Supermarket, Farmasi dan Klinik Swasta yang tersebut di atas hendaklah MEMASTIKAN Penjarakan Sosial (Social Distancing) di premis masing-masing dan pihak Polis akan sentiasa memantau situasi tersebut dari masa ke masa.

Semua peniaga kedai runcit DIARAHKAN untuk menghadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis dalam satu-satu masa.

SETIAUSAHA

MAJLIS DAERAH MATU DAN DARO.