Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

KEMPEN KEBERSIHAN PERSEKITARAN TAHUN 2021

Dipaparkan pada 21 Jun 2021

KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN TAHUN 2021 DI KAWASAN PBT

 

 


MDMD telah tercalon Untuk Menyertai Kempen Premis Makanan Bersih 2021 dan untuk itu, MDMD telah mencalonkan PASAR RIA BELAWAI (MEDAN SELERA BELAWAI) untuk menyertai Kempen ini dan bertanding dengan 39 lagi Medan Selera seluruh Malaysia. Selain MDMD, turut terpilih adalah Premier Food Republic (Kch) Sdn Bhd (Majlis Perbandaran Pedawan) dan Pusat Penjaja Semarak (Majlis Bandaraya Kuching Utara).

Kempen ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman Peniaga berkenaan dengan Premis Bersih dan juga bagi memberikan impak yang positif di kawasan Medan Selera Belawai

Sepanjang perjalanan program ini, beberapa elemen akan diterapkan oleh pihak MDMD bukan sahaja kepada para pengendali makanan malahan kepada pengunjung-pengunjung Medan Selera Belawai.

Kempen yang berlangsung dari akhir Bulan Mac sehingga Julai 2021 ini juga akan dinilai oleh panel penilai dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dari Putrajaya, dan pemenang bagi Pengurusan Medan Selera Terbaik Peringkat Kebangsaan akan diumumkan semasa

MAJLIS SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA 2021 di Putrajaya.