Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 23 Nov 2017
Versi 8.0.2c
SESI PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2017
Tarikh : 13 Jul 2017
 

Perhimpunan telah diadakan pada 13 Julai 2017 pada 9.00 pagi.Sesi perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Hassanal b Amer, dan diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku dan ibu pertiwiku.
Kemudian, tuan setiausaha MDMD menyampaikan amanat beliau supaya kakitangan Majlis peka mengenai isu penyakit rabies (anjing gila) yang viral sejak akhir akhir ini yang melibatkan kematian. Kawalan daripada bahagian kesihatan awam hendak dilaksanakan bagi mengelakkan perkara ini berlaku di kawasan Matu dan Daro.
Selain itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan dalam Star Rating(SSR-PBT) pada isnin yang lepas terhadap ketua ketua seksyen MDMD yang lama dan baru atas kerjasama membantu pihak Inspektorat KPKT ketika membuat tinjaun di MDMD.Seterusnya , sesi disampaikan dengan semua kakitangan yang hadir dikehendaki membaca ikrar SPRM bebas rasuah dan penyampaian sijil bagi perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2016.