Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Dis 2018
Versi 8.1.2
Sejarah Penubuhan KIK-Terendak HidupSejarah Penubuhan KIK-Terendak Hidup

Kumpulan Inovatif & Kreatif Majlis Daerah Matu dan daro telah ditubuhkan pada 1 Januari 2012.Kumpulan Terendak Hidup telah menyertai KIK Zon Tengah pada tahun 2012 anjuran Ketua Menteri.Tajuk yang dipilih ketika itu ialah Statistik Parit Yang Tidak Diselenggara Secara Efektif Di Bidang Kuasa Majlis Yang Tinggi.

Namun begitu,Kumpulan Terendak Hidup ditubuhkan semula pada 14 Ogos 2014 dengan lantikan semula ahli-ahli bru memandangkan ahli-ahli lama tidak lagi berkhidmat di MDMD.Pengekalan Nama Terendak Hidup dikekalkan yang melambangkan Daerah Matu itu sendiri. Logo terendak Hidup adalah seperti berikut.

Penubuhan kumpulan Terendak Hidup adalah bertujuan  untuk mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kaedah pembersihan parit agar lebih efektif dan efisien serta mencari penyelesaian yang terbaik.

Pasukan Terendak Hidup telah berentap di Pentas Konvokesyen Kreatif dan Inovatif anjuran LGCD di Kingwood Resort Hotel Mukah pada 29 hingga 31 Jualai Tahun 2015.

Berikut adalah pasukan Terendak Hidup Tahun 2015:

Penasihat: Hasliza bt Umar

Penyelaras KIK : Fatimah bt Taha

Ketua Kumpulan: Nur Zawani binti Harun

Setiausaha : Suraya bt Suhaili

Ahli-Ahli : 1)Hajijah bt Aljapri

2)Sembai ak Ali

3)Mahmud bin Bahani

4) Nurul Aina Izrin Abdullah

5) Asma Che Bakar

6) Shahrilnizam b Che Jamel

7) Mohd Faisal bin Shahrir

8) Azahar bin Amer

Seterusnya, Pasukan Terendak Hidup merebut peluang untuk beraksi di Pentas Regional Team Excellence Wilayah Sabah dan Sarawak Tahun 2015 di Hotel Promenade , Kota kinabalu Sabah dan memperoleh Anugerah Perak sempena keberanian itu.

Kemudian, Tahun 2016 ,semangat pasukan Terendak Hidup dengan ahli-ahli yang baru telah menambahbaik projek iaitu menamakan mesin tersebut dengan tajuk : MD Cleaner 2 dan kembali ke Pentas Konvokesyen Peringkat PBT Negeri Sarawak mewakili Majlis Daerah Matu dan Daro pada 4 Oktober 2016 di RH Hotel Sibu.

Penyelaras KIK: Hasliza bt Umar,

Ketua Kumpulan : Lim Hui Ping, Setiausaha : Nurul Aina Izrin  Abdullah, Ahli-Ahli: 1) Abdul Muthalib, 2) Jamil 3) Azahar bin Amer 4) Dayang Amila Syuhada, 5) Fatimah bt Taha 6) Haniif bin Omar Omaiah.