Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 17 Ogos 2017
Versi 8.0.2
KRONOLOGI PENUBUHAN MAJLIS DAERAH MATU & DAROKRONOLOGI PENUBUHAN MAJLIS DAERAH MATU & DARO

1 Januari 1957

 Adalah merupakan tarikh berkuatkuasanya  pentadbiran Majlis ke atas kawasan -kawasan di bawah pentadbirannya.

  Majlis Daerah Matu dan Daro telah melalui berbagai perubahan semenjak tarikh tersebut. Antara yang ada dalam rekod pihak Majlis Daerah Matu dan Daro ialah:

  1981

 The Local Authority (Restructuring  of Local Councils) Order, 1981 – (Swk. L.G. 23/81)

  Formerly  Matu and Daro were sub-districts under Binatang District (then  known as Meradong). Matu-Daro District was formed on 2.4.1973 and became part of the Sixth Division – (See Swk. L.N. 26/73).

 Now known as the Sarikei Division.

 Upon the introduction of the new Administrative Areas Order, 1987 – (Swk. L.N. 19/87), Matu became a sub-district of Daro District.

 On  8.8.1990 Matu was upgraded to be a District – (See Swk. L.N. 62/90)

 1991

   28 February  1991 - ( SG Gazette- PART  IV – Vol. XLVI  No. 5 ) - Swk. L.G. 15

 
 The Local  Authority (Restructuring of Local Councils)(Amendment) Order,  1991.

  Majlis Daerah Matu dan Daro masih merupakan salah sebuah pihak berkuasa di bawah Bahagian Sarikei. Sempadan atau kawasan pentadbiran Majlis Daerah Matu dan Daro seperti yang dijelaskan dalam Jadual kepada “Administrative Areas Order, 1987” telah dipinda berkuatkuasa mulai 8.8.90 - ( See Swk. L.N. 19/87 as amended by Swk. L.N. 62/90).

  2002

 Kerajaan Negeri  telah  mengwujudkan Bahagian Baru dalam Negeri Sarawak iaitu Bahagian Mukah.  Kesan daripada pengwujudan tersebut , banyak perkara telah berlaku seperti  persempadan semula kawasan pentadbiran ,  penyerahan kawasan dan daerah  dan lain-lainnya.  Beberapa Majlis Daerah juga terlibat dengan isu dan perkara tersebut  apabila terbitnya pentadbiran  Bahagian Mukah.

 1  Mac  2002

 Merupakan  tarikh  rasmi pengisytiharan Bahagian Mukah oleh YAB  Tan Sri Dr. Hj. Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak ( Ketua Menteri  Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud).

  2 Mei 2002

  Penyerahan kawasan dan sempadan pentadbiran dan perkhidmatan Majlis bagi  Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan  Majlis Daerah Luar Bandar Sibu(SRDC) kepada  Majlis Daerah Matu dan Daro  bertempat di Majlis Daerah Luar Bandar Sibu. Antara perkara yang diserahkan kepada Majlis ini ialah:

  *Daripada Majlis Daerah Sarikei:

  *Kawasan Tanjung Manis, Belawai, Rejang, Jerijieh, dan Paloh

 Termasuk semua pegangan Majlis, perpustakaan awam/desa dan asset dan inventori di kawasan terlibat telah diserahkan kepada Majlis Daerah Matu dan Daro.

  *Daripada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu:

  *Kawasan Passin, Sawai, Muara Lassa, Singat, Lengan, Rassau, Bungan dan Sg. Pinang.

 Termasuk semua pegangan Majlis, perpustakaan awam/desa dan asset dan inventori di kawasan terlibat telah diserahkan kepada Majlis Daerah Matu dan Daro.

  8  November 2002

 Penyerahan kawasan dan sempadan pentadbiran, senarai nilaian harta dan senarai pemilik-pemilik lesen dalam bidangkuasa Majlis Daerah Maradong dan Julau kepada  Majlis Daerah Matu dan Daro. Antara kawasan-kawasan  yang terlibat  ialah:

 Kawasan Sg. Semah, Tanjung  Singat, Kpg. Penasu, Kpg. Serdeng, Sg. Bekakong, Kpg. Semop dan Kpg. Sedau  termasuk semua pegangan Majlis, perpustakaan awam/desa dan asset  serta  inventori  Majlis di kawasan terlibat telah diserahkan kepada Majlis Daerah Matu dan Daro.