Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Sept 2017
Versi 8.0.2c
PERUTUSAN SETIAUSAHAPERUTUSAN SETIAUSAHA

   

Bissmilahir Rahmanir Rahim...

Asslamualaikum WBT...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Laman Web Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD). Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi melayari laman web Majlis.

Laman web ini sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai peranan dan tugas MDMD.

Untuk makluman anda, Majlis Daerah Matu dan Daro merupakan satu badan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) luar bandar yang telah diberi kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 1957 untuk mentadbir dan mengurus kawasan-kawasan di daerah pentadbirannya.

Kawasan-kawasan di bawah bidang kuasa pentadbiran Majlis ini terdiri daripada Daerah Matu, Daerah Daro, Daerah Kecil Igan dan Daerah Kecil Belawai. Berbekalkan kemampuan yang terhad, MDMD telah diberikan amanah tanggungjawab yang besar untuk mentadbir suatu kawasan yang luas meliputi Tanjung Manis.

Tanjung Manis merupakan sebuah daerah yang sedang membangun dimana banyak projek-projek di bawah Kerajaan Negeri Sarawak. Pihak Majlis Daerah Matu dan Daro perlu bersedia dengan segala kemampuan untuk menangani isu dan masalah yang akan timbul kesan daripada pembangunan tersebut.

Melalui ruangan ini juga,besarlah harapan Majlis Daerah Matu dan Daro  agar orang ramai dapatlah memberikan idea-idea yang bernas dan tujuan perubahan dan faedah pembangunan bersama.Setiap pandangan dan kritikan yang membina dan positif amatlah diperlukan bagi kebaikan bersama.


Sekian, Terima Kasih.


AHMAD JERRY BIN HJ HASHIM

SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH MATU DAN DARO