Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 23 Feb 2018
Versi 8.0.3
APLIKASI SARAWAKGOV APPSAPLIKASI SARAWAKGOV APPS

Assalammualaikum & salam sejahtera,

Untuk makluman, semasa Majlis Amanat bersama Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak pada 14 Mac 2017 yang lalu, beliau telah melancarkan satu aplikasi terbaru Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang dinamakan SarawakGov Apps. 

SarawakGov Apps merupakan satu inovasi terkini untuk penyebaran maklumat melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun sama ada perisian Android atau iOS.

Salah satu komponen yang terdapat pada SarawakGov Apps adalah i-KAMEK. i-KAMEK merupakan satu saluran untuk rakyat mengemukakan idea kreatif serta cadangan konstruktif mereka bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan yang berorientasikan rakyat.

Sehubungan itu, dimohon kerjasama pihak tuan/puan supaya memuat turun aplikasi tersebut serta mempromosikan SarawakGov Apps kepada rakan-rakan yang lain.




Sumber Maklumat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak / Laman Web Rasmi Kerajaan Sarawak [Surat Rasmi No. Rujukan: 21/JKM/UPPN/600-2/6/1.01 JLD.1 bertarikh 17 Ogos 2017