Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 23 Nov 2017
Versi 8.0.2c
MAKANANMAKANAN

          Matu amat dikenali dengan makanan laut. Makanan yang paling terkenal adalah sesar unjur @ Kupas. Jika datang kesini pengunjung tidak terlepas untuk membeli ataupun mencari sesar untuk di bawa pulang. Rasa yang amat fresh kerana udang yang ditangkap terus di buat sesar unjur. Tetapi, sesar unjur adalah bermusim, antara bulan Mac hingga Julai.Boleh didapati Kampung Kuala Matu dan Kampung Tian.

   

SESAR UNJUR

 Minyak sekiu merupakan makanan tempatan di Kampung Jemoreng Matu. Ianya dibuat dan diproses oleh penduduk kampung semenjak zaman dahulu. Minyak sekiu dimakan bersama nasi.

 Pada setiap tahun, pesta minyak sekiu diadakan pada bulan disember dan disamping membuat minyak terdapat aktiviti lain diadakan seperti pertandingan nyanyian, bola sepak dan sebagainya.

Minyak sekiu sebenarnya adalah ekstrak minyak yang didapati dari sejenis buah hutan yang dinamakan buah sekiu. Di daerah Jemoreng, Matu merupakan antara tempat yang banyak mempunyai pohon sekiu tumbuh dan kerana itulah masyarakat Melanau di Jemoreng sudah mengetahui memakan minyak sekiu ini sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.
Menariknya mengenai minyak sekiu ini adalah sehingga sekarang proses untuk ektraksinya masih lagi berdasarkan kepada kaedah tradisional yang diwariskan sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat Melanau Jemoreng. Mungkin kerana keasliannya amat dititikberatkan menyebabkan harga minyak sekiu ini sangat mahal iaitu boleh mencecah RM100 untuk 50 ml.
Dan menurut pengesahan yang dikeluarkan oleh pakar pemakanan baru-baru ini ada menyatakan bahawa minyak sekiu itu mempunyai nilai perubatan.



MINYAK SEKIU

 

Kuih Pipus ini amat berkait rapat dengan kaum Melanau Bintulu Pada zaman kini, kuih tersebut tidak dikenali ramai Ti’ong ini disahkan kewujudannya sekitar 200 tahun dahulu bermula pada era 1800-an.

Kuih tersebut juga terkenal juga dengan nama Pipus di Paloh, Rajang, Matu, Daro dan Belawai. Nama gelaran Ti’ong digunakan di Bintulu , Tatau dan Mukah.

Perbezaan antara kuih Pipus dan kuih Ti’ong adalah kuih Pipus tahan lebih lama sehingga berbulan-bulan kerana ianya berintikan isi daging dan ikan. Manakala kuih Ti’ong pula tidak tahan lama kerana ianya mudah keras kerana diselaputi dengan lemantak dan kelapa. Untuk menyedapkan lagi rasa kuih tersebut, kuih tersebut boleh dimakan bersama sos cili, kuah kari dan bawang putih yang telah dicincang halus. Pada zaman dahulunya, ia disajikan semasa perayaan Kaul, majlis perkahwinan, majlis doa selamat dan banyak lagi. Tuntasnya, kuih tersebut banyak digunakan semasa perayaan yang penting dan suatu majlis yang diraikan secara besar-besaran dan resepinya masih sama seperti dahulunya.

Kuih Pipus tersebut boleh didapati di Kampung Badong, Daro di gerai-gerai jualan.

  


 GERAI JUALAN PIPUS DAN JUALAN IKAN TERUBOK
 

 

 LANDMARK  REPLIKA PIPUS DI KAMPUNG BADONG, DARO