Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 17 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Kawalan Ke Atas Pengubahsuaian BangunanKawalan Ke Atas Pengubahsuaian Bangunan

Kawalan ke Atas Pengubahsuaian Bangunan



Prosedur ini bertujuan untuk memastikan kawalan ke atas pengubahsuaian bangunan selepas pengeluaran Occupation Permit dilaksanakan selaras dengan The Sarawak Buildings Ordinance, 1994.

Prosedur ini digunapakai oleh Bahagian Kerja Awam, Bahagian Penilaian Dan Kadaran dan Bahagian Penguatkuasa dalam kawalan ke atas pengubahsuaian bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan.

DEFINISI


a) Pelan Bangunan – pelan untuk bangunan termasuk pengubahsuaian dan tambahan (extension) kepada bangunan yang sedia ada yang disediakan, diperakui dan ditandatangani oleh Jurutera, Arkitek atau Pelukis Pelan yang berkelayakan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2, Buildings Ordinance.


b) Occupation Permit – Sijil yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang mengesahkan bahawa bangunan tersebut dibina mengikut pelan bangunan yang telah diluluskan dan layak untuk diduduki.


c) Pengubahsuaian Bangunan – Building Ordinance1994 Interpretation 2(1) “alterations” includes renovation, additions and extensions