Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 29 Jun 2017
Versi 8.0.2
Permulaan Awal Kerja BinaanPermulaan Awal Kerja Binaan

Permulaan Awal Kerja Binaan



Prosedur ini bertujuan untuk memastikan semua permohonan kerja permulaan awal kerja binaan disertakan dengan dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat / keperluan Pihak Berkuasa Tempatan dan Buildings Ordinance, 1994.

Prosedur ini digunapakai oleh Bahagian Kerja Awam dan Bahagian Kesihatan Awam dalam permohonan permulaan awal kerja binaan yang dikemukakan ke Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan.


DEFINISI


a) Bangunan – termasuk semua jenis rumah, pondok, bangsal atau struktur berbumbung sama ada digunakan untuk tujuan kediaman atau sebagainya dan juga sebarang dinding, pagar, platform, tangki septik, tangki bawah tanah, aram, pintu pagar, tiang, dinding adang, dok, dermaga, jeti, pangkalan, kolam renang, jambatan, landasan keretapi, menara dan kabel penghantaran elektrik, talian paip atau sebarang struktur, sangga asas atau substruktur.


b) Pelan Bangunan – pelan untuk bangunan termasuk pengubahsuaian dan tambahan (extension) kepada bangunan yang sedia ada yang disediakan, diperakui dan ditandatangani oleh Jurutera, Arkitek atau Pelukis Pelan yang berkelayakan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2, Buildings Ordinance, 1994.


c) Pelan Struktur – pelan untuk bahagian bangunan seperti butiran terperinci tiang, rasuk, asas, lantai, tangga, rangka, kekuda yang sediakan, diperakui dan ditandatangani oleh Jurutera yang berkelayakan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2, Buildings Ordinance, 1994.


d) Permulaan Awal Kerja Binaan – kebenaran istimewa mengikut Buildings Ordinance, 1994 - Fourth Schedule Building By-Laws Part 1 By-Law untuk memulakan kerja binaan yang ditunjukkan dalam pelan bangunan yang masih di dalam pertimbangan untuk kelulusan.
e) Jabatan Berkenaan – Jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat