Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 11 Dis 2017
Versi 8.0.2c
Penerimaan Pelan BangunanPenerimaan Pelan Bangunan

Penerimaan Pelan Bangunan



Prosedur ini bertujuan untuk memastikan semua pelan bangunan:
i. Disertakan dengan dokumen yang lengkap
ii. Didaftarkan secara sistematik
iii. Mematuhi syarat-syarat/keperluan Pihak Berkuasa Tempatan dan Buildings Ordinance, 1994.


Prosedur ini juga bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan komen dari Jabatan berkenaan bagi pelan bangunan yang telah dikemukakan.

Prosedur ini digunapakai oleh Bahagian Kerja Awam dan Bahagian Kesihatan Awam dalam menerima, mendaftar dan menyemak kelengkapan pelan bangunan serta mendapat kelulusan dari Jabatan berkenaan.

DEFINISI

a) Bangunan – termasuk semua jenis rumah, pondok, bangsal atau struktur berbumbung sama ada digunakan untuk tujuan kediaman atau sebagainya dan juga sebarang dinding, pagar, platform, tangki septik, tangki bawah tanah, aram, pintu pagar, tiang, dinding adang, dok, dermaga, jeti, pangkalan, kolam renang, jambatan, landasan keretapi, menara dan kabel penghantaran elektrik, talian paip atau sebarang struktur, sangga asas atau substruktur.


b) Pelan Bangunan – pelan untuk bangunan termasuk pengubahsuaian dan tambahan (extension) kepada bangunan yang sedia ada yang disediakan, diperakui dan ditandatangani oleh Jurutera, Arkitek atau Pelukis Pelan yang berkelayakan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2, Buildings Ordinance, 1994.


c) Jabatan Berkenaan – Jabatan Kerajaan yang terlibat dalam Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.