Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 17 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Pengeluaran Sijil LesenPengeluaran Sijil Lesen

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses penyediaan dan pengeluaran sijil lesen dilaksanakan dengan betul dan tepat.

Prosedur ini digunapakai di Pihak Berkuasa Tempatan semasa menyedia dan mengeluarkan sijil lesen.

DEFINISI


Lesen – meliputi lesen yang dikeluarkan di bawah (Storage of Petroleum) By-laws, 1962, (Hawking) (Amendment) By-laws, 1994, (Licensing of Miscellaneous Occupations) (Amendment) By-laws, 1994, The Protection of Public Health (Barbers’ and Hairdressers’ Shop) Regulations, 2003, dan The Protection of Public Health (Licensing of Hotels and Lodging Houses) Regulation, 2003, Market By-Laws (Amendment 1993), Entertainment Ordinance 2000 dan Entertainment By- Laws 2001.

PROSES PENGELUARAN SIJIL LESEN

1) Menerima minit mesyuarat jawatankuasa yang berkenaan tentang keputusan permohonan lesen baru.

2) Menyediakan Surat Makluman Keputusan permohonan Lesen dan pastikan syarat-syarat tertentu yang dikenakan pada lesen dimaklumkan kepada pemohon.

3) Menghantar surat makluman keputusan permohonan lesen kepada pemohon.

4) Menyemak surat pemakluman keputusan daripada pemohon untuk tujuan pengeluaran Sijil Lesen.

5) Memastikan sama ada pemohon perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ataupun tidak.

6) Menyemak borang pemeriksaan kesihatan yang telah dilengkapkan setelah pemohon menjalani pemeriksaan kesihatan.

7) Pemohon akan diarahkan untuk menjelaskan pembayaran lesen sebelum sijil lesen diserahkan kepadanya.

8) Pemohon dianggap samada layak ataupun tidak untuk memohon lesen berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan yang telah dijalani dan Kad Kesihatan Pengendali Makanan akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran lesen bagi lesen untuk pengendalian makanan.