Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 27 Apr 2017
Versi 8.0.1
Latar Belakang Matu dan DaroLatar Belakang Matu dan Daro

Matu (dikenali juga sebagai Mato) adalah sebuah daerah dan pekan kecil dalam bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Sebelum Bahagian Mukah diwujudkan, Matu berada di bawah bahagian Sibu.

Terdapat lebih dari 20 kampung dalam daerah Matu, antaranya Jemoreng, Loba Balu, dan Sekaan,Bertong, Bawang,Sekaan Kecil, Tian,Sok, Halud, Kuala Matu,, Pergau, Bruan Mapal dan Bruan BesarMajoriti penduduk di Matu adalah Melanau. Kaum Cina pula adalah kaum kedua terbesar di sini. Anggaran populasi penduduk adalah sekitar 10,000 orang. Pekan terhampir dengan Matu ialah Daro dengan jarak perjalanan darat lebih kurang 24 kilometer. Majlis Daerah Matu-Daro (Matu-Daro District Council) yang terletak di Matu merupakan mercu tanda dan bangunan terbesar di Matu. Sekolah Menengah Kebangsaan Matu pula terkenal dengan ciri fizikalnya yang mana semua bangunannya dihubungkan dengan jambatan panjang yang dibuat dari kayu berlian.

                 

                                                 
 MERCU TANDA PASAR MATU BANGUNAN MDMD
 




LANDMARK MATU-TERENDAK

     PASAR LAMA MATU 

Sebuah perkampungan nelayan Daerah Kecil Igan dalam Bahagian Mukah.Terdapat 8 buah perkampungan di Igan iitu terdiri daripada Kampung Baru Dagang,Kampung Baru Ismail,Kampung Pulau, Kampung Tengah, Kampung Sekerang,dan Kampung Hilir ,Igan.Majoriti penduduk adalah berbangsa melanau.

 

PERKAMPUNGAN IGAN

Daro ialah sebuah daerah dan pekan di Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro yang berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau.

Mengikut ceritanya nama Daro berasal dari "Dao Aro" yang bermaksud "Bagus Ke" menjadi singkatan Daro. Kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar-pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti kampung Saai, kampung Penipah, kampung Bruit dan kampung Nangar. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang begitu mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk di Daro ialah pertanian dan nelayan.

Penduduk Daro dikenali dengan sikap ramah mesra, bersopan, serta mengekalkan budaya hidup sekampung yang membawa maksud hidup sepakat. Di jeti Daro, replika ikan terubuk melambangkan ikan yang popular di Daro. Daro juga mempunyai sebuah sekolah yang unik di Malaysia yang mana SK Campuran Daro mempunyai dua aliran pelajar iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina tetapi di bawah satu bumbung sekolah dan di bawah satu pentadbiran.

 

 
LANDMARK PEKAN DARO-IKAN TERUBOK